bersyukur kehadrat illahi dengan limpah kurnianya kta masing bersama-sama dalam perjuangan.Pengalaman dan peristiwa yang berlaku pada semester lalu telah memberikan banyak pengajaran dan tauladan yang perlu kita cernakan..semoga pada semeter baru tahun hadapan membuka lembaran baru bagi unit kta terurtama dari segi hubungan antara satu sama lain. Hubungan yang akrab antara satu sama lain adalah penting demi menjamin kesejahteraan kita semua. Sifat berpuak-puak antara satu sama lain perlu dikikis didalam diri setiap manusia. kita semua bagaikan satu keluarga yang besar.Maka hormatilah antara satu sama lain.Hormatilah ketua dan kepada pemimipin yang adil.Berilah kerjasama agar perjalanan kelas lancar dan tidak bercelaru. Fahamilah antara satu sama lain terutama peranan masing-masing dan tannggungjawab yang dipikul.Janganlah kita bersikap bagai enau didalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan jangan ada pula yang menjadi sanggup bersifat tidak bertanggugjawab terhadap individu.Semua perlu ambil peranan dan jadilah kita satu pasukan yang terbilang namanya.Selain itu, kita semua harus bersedia terhadap segala kemungkinan yang bakal kita tempuhi pada semester hadapan.Saya berharap kita semua bakal menjadi satu unit yang yang mantap dengan ilmu,iman dan amal sertqa disegani oleh orang lain.Akhir kata saya menyeru agar kita semua bersatu padu dan mengecapi kejayaan bersama-sama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

barisan ketua Unit(KU)


syabas kepada KU kita yg berjaya menerajui kepimpinan kelas..tiga semester telah mengukir banyak sejarah disebalik setiap senyuman mereka. setiap satunya mempunyai ceritanya msing masing..
bermula dari yg paling kanan, seorag yang baik, bertanggunjawab, sabo pun ade la gak. KU pertama yang meneraju kelas. waktu pemerintahannya agak mencabr selaku ketua untuk sem 1.
kemudian yang berbaju kuning, Ku sem 2, pemerintahan yang agak slambe dan lancar. waktu menerajui kelas tiada banyak perbezaan dgn sem 1. banyk perkara baru yg terukir semasa pemerintahn beliau.
seterusnya, berwajah ganas, ade gaye samseng tp hati baik la.KU sem 3. pemerintahan lbh bercorakkan kuku dan besi tetp rasional.pemikiran lbh kepada 'takde kelas'mmg disokong oleh semua ahli dibawahnya. Sungguhpn byk konflik yg hampir menjatuhkan kuasanya tetp beliu ttp mampu berthn demi kelas dan rakn2 bersama.
Maka, sinar tiga lagenda peneraju unit akan menutup tirai Pra Ijazah dan bermulalah sinar harapan baru bagi Ijazah yang akan diketuai oleh KU yg dipilih melalui sistem undian. Khas diimport dari kelantan, moga pemerintahan beliau diterima pakai oleh semua orang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS


Assalamualaikum..haa..semua tengah sibuk study nampaknya. Kami pun macam pelajar-pelajar lain jugak. Banyak bende nak conquer. Mase ni mulalah nak berjaga sampai lewat malam kononnya nak abeskan silibus. Kurang bercakap bagi yang mood skema dah datang. Kurang shopping2 dan kurang mentupai..(mentupai ni aku sorang je yang paham). Mase ni jugaklah meja study berisi buku2 yang bertingkat2. Semangat study berkobar-kobarlah katekan.

Tak kurang jugak bagi mereka-mereka yang berlagak cool meskipun exam dah dekat sangat paras-paras hidung je. Men game kononnya xnak tension2 time dekat2 exam. Banyakla kang mase exam baru nak gigit jari. Lainlah kalau mereka memang dah mempunyai keistimewaan yang hebat, bijak secara natural. hehehe



Kami budak2 sains ni takde pun skema sangat nak exam. Biase je. Sape kate budak sains ni skema?? Memanglah banyak bende nak study. Tak dinafikan. Lain orang lain caranye kot.

owh ye kawan2, exam2 jugak. Struggle study tu jangan lah melampau sangat. Belajar ni bukan untuk exam tau. Belajar ni suatu ibadat. Bila buat sesuatu perkara niat kerana Allah, Insya Allah diberi kemudahan. Bukan usaha semata-mata, tawakal mesti agar tak kecewa bila ape yang kite harapkan tak dapat.


Nak tambah lagi, jangan tinggal baca Al-Quran tau sebab dah syok sangat baca buku. Perbanyakkanlah solat-solat sunat. Doa, mohon agar segala urusan kite berjalan dengan baik.

Ni kite punye jadula exam. Take note ye..

4 November 2009 Bahasa Melayu 1
5 November 2009 Bahasa Inggeris
9 November 2009 Science 1
12 November 2009 Science 2

mudah-mudahan kite semua berjaya..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS