Assalamualaikum..haa..semua tengah sibuk study nampaknya. Kami pun macam pelajar-pelajar lain jugak. Banyak bende nak conquer. Mase ni mulalah nak berjaga sampai lewat malam kononnya nak abeskan silibus. Kurang bercakap bagi yang mood skema dah datang. Kurang shopping2 dan kurang mentupai..(mentupai ni aku sorang je yang paham). Mase ni jugaklah meja study berisi buku2 yang bertingkat2. Semangat study berkobar-kobarlah katekan.

Tak kurang jugak bagi mereka-mereka yang berlagak cool meskipun exam dah dekat sangat paras-paras hidung je. Men game kononnya xnak tension2 time dekat2 exam. Banyakla kang mase exam baru nak gigit jari. Lainlah kalau mereka memang dah mempunyai keistimewaan yang hebat, bijak secara natural. hehehe



Kami budak2 sains ni takde pun skema sangat nak exam. Biase je. Sape kate budak sains ni skema?? Memanglah banyak bende nak study. Tak dinafikan. Lain orang lain caranye kot.

owh ye kawan2, exam2 jugak. Struggle study tu jangan lah melampau sangat. Belajar ni bukan untuk exam tau. Belajar ni suatu ibadat. Bila buat sesuatu perkara niat kerana Allah, Insya Allah diberi kemudahan. Bukan usaha semata-mata, tawakal mesti agar tak kecewa bila ape yang kite harapkan tak dapat.


Nak tambah lagi, jangan tinggal baca Al-Quran tau sebab dah syok sangat baca buku. Perbanyakkanlah solat-solat sunat. Doa, mohon agar segala urusan kite berjalan dengan baik.

Ni kite punye jadula exam. Take note ye..

4 November 2009 Bahasa Melayu 1
5 November 2009 Bahasa Inggeris
9 November 2009 Science 1
12 November 2009 Science 2

mudah-mudahan kite semua berjaya..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to " "

Post a Comment